BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 17, 2010

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, October 19, 2009

Mengapa Digelar Taiko?

Part I
Ana telah ditugaskan untuk membantu seorang sahabat bagi menyelesaikan masalah peribadinya yang menimpa dirinya sejak pertengahan tahun ini. Nama yang diberi ibubapa ialah Ahmad Hashimi, lahir pada 1 September 1992, berdarah O, dan tiada rekod jenayah sepanjang hidupannya, baru ana sedari yang beliau adalah 'amirul fasl' ana sendiri. Sebelum ini, beliau adalah seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah, tetapi kini tidak lagi, sejak pertengahan tahun, sikapnya tidak seperti dahulu, beliau sering menjahui sahabt-sahabat lain, dan kucing yang selalu dibelaiNya tidak dilayan seperti dahulu. Sebagai sahabat yang bertanggungjawab(walaupun tak serapat mana), ana, dengan segala hormatnya menerima tanggungjawab ini dengan seikhlas-Nya:XD:.

:bulletpink:Tepat pada hari kedua hari lahir-Nya, iaitu 2 September 2009, sejak hari itu, umurnya telah meningkat 17 tahun satu hari. Kelihatan diri beliau agak tenang, tidak berapa berangin, tidak kelihatan MISTIK seperti pelajar yang lepas, dan ana memberi salam sebagai pembuka bicara;"Assalamualaikumwarahmatullah, saudara sihat?". Soal kesihatan sebagai soalan utama sebelum pembicaraan diteruskan kerana sejak kebelakangan ini, Malaysia diraikan dengan satu wabak yakni influenza A H1N1. Beliau menjawab;"Ana sihat Alhamdulillah, cuma hati ana jer yang sakit". Dengan perasaan lega, ana pun meneruskan sesi perbualan ini;"Tidak mengapa akhi, setiap hamba Allah mesti ditimpa musibah untuk menguji keimanan hamba-Nya, inilah fitrah kehidupan manusia;".Tiba-tiba beliau bangun dari tempat duduk dan berkata dengan penuh konfiden;"sekarang! ana sedar, bahawa inilah hakikat kehidupan, terima kasih akhi". Ana menepa sebagai tanda tahan kepada beliau dan berkata kepadaNya;"Belum habis lagi akhi, baru sekerat jalan bersoal jawab, takkan dah habih kot". Beliau kembali ke tempat duduk, dan ana meneruskan sesi soal jawab;"jangan terlalu kondifen(konfiden) dengan diri sendiri, ana sendiri pun tak tahu apa masalah sebenar anta, cuba anta terangkan kepada ana". Beliau tundukKan kepala lalu menjawab;"Sebenarnya, masalah ini ana tidak boleh dedahkan kepada orang, tapi anta dah tanya, ana terpaksa jelaskan. Ana sendiri ada masalah dengan ibubapa, dan pelajaran ana sekarang semakin merosot, ana tak tahu nak buat apa". Mendengar penjelasan beliau tadi, ana pun tersenyum sambil mengangukKan kepala, dan meminta penjelasan daripada beliau dengan lebih mendalam;"cuba anta terangKan satu persatu", jawab-Nya pula;" Sejak kebelakangan ini, anta sendiri pun tahu, mengapa ana cube menjauhkan diri dari sahabat-sahabt lain," ana bertanya;" kenapa?", dia menjawab;" sejak peristiwa itu, ana telah digelar 'TAIKO dikalangan pelajar, dan ramai budak-budak lain pandang ana sebagai samsing sekolah, sekolah sendiri pun tahu yang ana nie tak pernah ada rekod jenayah sepanjang hayat ana disekolah ini, sejak peristiwa itulah, penentangan terhadap ana semakin meningkat". Ana mengangguk-ngangguk dan bertanya lagi;" Peristiwa apa akhi?", beliau menjawab dengan penuh perasaan dan sedikit touching;" SebenarNya, event tuh takdelah berat mana, tapi orang pandangNya lain, sejak cuti sekolah tuh, ana dan sahabat-sahabat jemaah ana membuat satu perancangan untuk mengisi masa percutian supaya tidak ada pembaziran, kami berjemaah merancang untuk menubuhKan 'Street Dai'e', yakni Penda'wah Jalanan. Kami sesahabat cuba menggerakkanNya dengan menaiki motor secara berjamaah dan menuju ke satu-satu tempat supaya ia memudahkan pergerakan kami untuk amal ma'ruf dan mencegah kemungkaran, dan kadang-kadang, kami berhimpun kesatu-tempat untuk membincangkan, apa agenda yang ingin dikongsi dan untuk diasampaiKan kepada masyarakat, tiba-tiba, kami dikejutkan dengan sairen yang memekak dan lampu biru-merah yang berkelip-kelip, mendengarkan ketibaan itu, kami pun bertebaran seperti 'RedBull'untuk menyelamatkan diri daripada ditahan, ape salah kami? kami cuba buat benda baik. Pertubuhan itu diketuai oleh ana sendiri, tetapi orang lain lihat seperti Mat-Rempit, sejak itulah bermulaNya mimpi ngeri ini". Ana bertaNya kepadaNya lagi;" Dan apa masalah anta dengan parent?", beliau menjawab dengan penuh touching;" Untuk mempertahankan rahsia jemaah, ana tidak menjelaskan kepada mereka, dan mereka menganggap ana ini sebahagian daripada mereka"

Ana tercengang mendengar penjelasan beliau yang begitu mengejutkan, dalam fikiranKu tertanya- tanya;"~sebahagian daripada mereka?, jemaah?, da'wah?, amal ma'ruf nahi munkar, apa semua ini?" bisik hatiku inginKan penjelasan, ana cuba menenangkan diri dan menyoalNya lagi;" Err...Sebahagian dari mereka, siapa akhi? Mat-Rempit?" Beliau diam dan memandang tepat kemataKu dengan muka yang serius sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, lalu berkata;" Tidak, tidak akhi, bukan Mat-Rempit, tetapi mereka! YAKNI WAHABI!!" Situasi menjadi semakin pelik dan penuh dengan persoalan didalam fikiran, fikiranKu tertanya-tanya lagi" wahabi? apa pula ni?" merasai diriKu rendah(ilmu) dan inginkan lebih penjelasan.
Ana cuba mengawal diri supaya tidak ada soalan yang keluar dari topik diajukan, kenginan untuk mengetahui lebih mendalam semakin melonjak, jantung mula berdegup kencang, tangan mula terketar-ketar, mulut mula hilang kawalan, dan persoalan didalam fikiran bersedia untuk diajukan. Beliau kelihatan seperti orang yang penuh ilmu pengetahuan, seorang yang mudah sedar dan mudah dimotivasikan(memberi nasihat/kembalikan semangat kepada diri). Keadaan menjadi lebih suspen, tiba-tiba, satu soalan melonjak keluar dari mulut;" Da'wah wahai saudara? bukan ke perkara ini sudah lama ditinggalkan", muka beliau berubah secara tiba-tiba beubah, gayaNya seakan-akan ingin menengking kearahKU, lalu dia berkata;" Huh! Semua orang mesti berkata begitu. Memang! ummat zaman sekarang ni, itulah pandangan mereka semua, termasuk KAMu wahai saudara, saudara sendiri ingin membantuKu dalam menyelesaikan masalah hidup tetapi saudar sendiri tidak tahu semua perkara ini, sangat memalukan. Sebagai seorang Muslim yang mempunyai kesedaran dan petah berbicara seperti KAMU wahai saudara, apa yang kamu nak sumbangKan kepada Islam dan apa yang akan dijawab tentang hayat hidup saudara kepada Allah subhanahu wata'ala diakhirat kelak nanti?" Ana tercengang lama mendengar kata-kata itu, beliau seakan-akan memang seorang TAIKO, seperti sahabat Rasul Allah Sollallahu A'laihi Wasallam, iaitu Saidina Umar Al-Khattab, ternyata orang menjauhi-Nya dan menentangNya kerana peribadinYa yang agung. Tercengang berubah kepada tersenyum, ana seakan-akan ingin memelukNya kerana inilah orang yang ana cari selama ini.

Ucapan beliau diteruskan lagi;" Wahai saudara, ingatlah Allah, walaupun anta banyak mengingatinya, berserah dirilah kepadanya, kerna dialah sebaik-baik pertolongan. DAN INGATLAH!! Wahai saudaraku, penyebaran da'wah itu bukan sahaja dijalankan dikalangan para nabi, sahabat-sahabat, dan tabi'-tabi'in, tetapi ia adalah satu kewajipan bagi seluruh umat didunia ini, tak kira sesiapa pun wahai saudara, orang kristian pun berda'wah wahai saudara, orang yahudi berda'wah wahai saudara, tapi kita? Saudara ingat, kita ini orang Islam saudara, kita ini berda'wah atas satu matlamat, saudara, kita ini pemuda, shabab, muharraqi wahai saudara, pewaris nabi saudara, kita semua, dan Allah swt telah memilih kita. Jadi, marilah kita bersama-sama menjalankan kerja ini tanpa merasai penat lelah dan jemu, minta maaf saudara, ana bercakap panjang begini, seeloknya, kita sambung hari lain, boleh?" Ternganga ana dibuatnya dan ana tak mampu berkata-kata lagi ketika itu selain mengangguk-angguk tanda setuju.
Sifat yang beliau paparkan sangat mempersonakan diri ana, dan perasaan ingin tahu semakin memaksa diri, banyak benda didunia ini masih tidak diketahui, dan inilah satu-satunya peluang yang perlu ana kecapi. Keinginan berjumpa dengan beliau, ana rasakan satu nikmat yang baru ana kecapi, walaupun ana pelajar terbaik disekolah, tetapi ana bukanya seorang yang terbaik dalam hal ini. Sifat terburu-buru mengatasi kesabaran ana, perasaan ingin tahu, menguasai diri ana, walaupun jarak rumahku dan rumahnya sangat berbeza, tetapi hati ana tidak mengira

Part II

Peristiwa semalam tidak dapat dilupakan. Banyak yang didapat, tetapi banyak yang tidak dijelaskan. Keinginan bertemu dengan beliau lagi menghantui diriku, kebetulan ana berpuasa hari itu, keinginan itu dapat dikurangkan.
Pada suatu hari, ummiku menyuruhku mengambil barang dikedai, lalu dengan hati yang terbuka, ana pun pergi. keadaan diluar kelihatan tenang, jarak dari rumah ke kedai lebih kurang 5.2 kilometer, malangnya motor ketika itu 'kong', ana terpaksa berjalan kaki kesana.
Alhamdulillah, allah izin, keadaan diluar sana tidak terlalu sibuk, selalunya budak-budak rempit kerap ber'racing' dikawasan ini, tetapi hari ini tidak, batang hidung mereka pun tidak kelihatan. Sepuluh langkah ke kedai. Kebetulan, kedainya tutup. Ada kertas terselit dicelah pintu kedai, ana mengambilnya dan buka lipatannya, ini surat yang ditinggalkan pekedai. Lalu ana mula membacanya;"Bismillah..Assalamualaikum kepada kastemer yang bernama Faridah, minta maaf, saya sekeluarga bercuti di Madinah selama seminggu, jadi barang tu kite setel lain kali la". Kedatangan yang penuh dengan sia-sia, lalu ana beredar dari situ.
Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba ana terdengar satu suara yang kuat seperti tok imam sedang membaca khutbah. Lain macam khutbahnya, bukan macam biasa. Suara itu datang dari arah berlawananku, ana menoleh kepala kebelakang. Nampaknya suara itu datang dari satu himpunan motor. Dari pandanganku, motor-motor tersebut seperti kepunyaan budak-budak Rempit, pelik, sebelum ni tak kelihatan pun, yang paling peliknye, takkan Mat-Rempit pun berkhutbah?.
Persoalan yang tidak terjawab. Curious menguasai diriku, lalu ana cuba mendekati motor-motor itu. Rupa-rupanya bukan himpunan motor, tapi motor yang telah disusun cantik seperti bulatan, dan ditengah bulatan motor itu ada himpunan manusia yang sedang mendengar ucapan dari Ahmad Hashimi......Himpunan

Aku termangu dengan situasi tersebut, apa yang mampuku lakukan ketika itu hanyalah melihat gelagat mereka sambil ternganga luas mengalahkan badak air.
Otak-ku menjadi bingung, bingung sebingung-bingungnya. Hampir hilang siuman dibuatnya. Aku menoleh pandangan-ku ketepi sambil memejamkan mataku, apa yang aku sendiri buat nih? Ketika itu gerak-geriku lain macam, lain daripada yang lain, tak macam manusia, hampir tak waras melihatkan gelagat diriku ini.
Tiba-tiba tumpuanku beralih, memandang satu imej berbentuk ikon, atau dikenali sebagai logo, yang berada di salah satu body motor disitu. Aku cuba mendekatinya lebih dekat, tetapi gaya berjalanku bukan seperti diriku sendiri, rasa tak normal.

Aku pandang dengan penuh teliti dan terperinci keatas salah satu logo itu, kelihatan semuanya sama. Di logo itu ada tertulis dua perkataan dengan ejaan rumi;” Ess, Tii, Arr, ii, ii, jarak, Dii, Ae, koma atas, Aii, ii… Steriit Dao’iee? HUH! STREET DA’IE!! Aku tak percaya apa yang sedangku saksikan ini!? Adakah ini satu organisasi?”. Bisik hatiku. “HAH!”, secara tiba-tiba, otakku bertindak mengarahkan sarafku menyebut ‘HAH!’. Aku pun tak tahu mengapa, tapi gaya gerak-geriku kembali normal dan waras. “HaH!”perkataan yang samaku ulangi, tetapi kini mentol didalam fikiranku menyala dan bersinar terang walau tak kelihatan sinarnya. Ia menunjukkan satu idea terpancar dalam fikiranku ;”Ini..inilah yang dikatakan beliau!” Hatiku membisik, sehingga sampai tahap orang diluar hatiku pun mampu mendengarnya, mungkin aku terucapnya sekali. Telatahku membuatkan semua orang yang berhimpun disitu hilang tumpuan dan beralih pandang kearahku, termasuklah beliau, iaitu Hashimi
Untuk mengelakkan situasi gerdo begini, aku pun menggunakan tektik ‘cover’ yang biasaku buat di madrasah ;” Uhh…may I join you all?”, Untuk menambahkan lagi kualiti tektik ‘cover’ ku ini, aku pun ber’speaking’ sikit. “ Sure,please, it will be a pleasure if you join us, may Allah blessing us all.” Pergh! Speaking pulak beliau.

“Minta maaflah, tadi ana mengganggu antum semua”. Aku masih dalam tektik ‘cover’ ku. “ Tak mengapa wahai saudara, sebenarnya kami memandang disebalik saudara. Sejak tadi, kami asyik dengar salakan anjing dari arah saudara, kami sangka, kamulah anjing itu. Kami yang patut meminta maaf kepada anta saudara”. Panjang penerangan beliau. “ Sebenarnya, apa gerangan saudar-saudara disini?” Soalku kepada mereka. “ Sebenarnya saudara, kami sedang membincangkan tentang M*nh#* H*#ra*#. Kami tak boleh dedahkan kepada orang bukan organisasi ini, hehehehe". Jawab mereka disertakan dengan ketawa kecil.“ Tadi, bukankah saudara yang membenarkanku menyertai program ini?” Tanyaku dengan sedikit touching di hati. “ Ya, memang kami membenarkan anta menyertai, tapi kami terpaksa out of topic untuk memberi peluang untuk anta menyertai kami”…

Sunday, October 18, 2009

Kenali Jahiliyyah

Jahiliyyah, perkataan yang dikenali sebagai sesuatu yang tidak bertamadun, suatu perkara yang bodoh, hanya dilakukan dalam golongan yang dimurkai(nasrani harbi) Allah dan golongan yang sesat(yahudi). Jahiliyyah, berasal dari perkataan jahil atau jahal. Ia menunjukkan sesuatu perlakuan atau aktiviti berteraskan dari aspek negatif dan boleh memudharatkan diri. Dari segi iman, ia boleh mengotorkan, mahupun mematikan hati. Bahayanya jahiliyyah mesti dan wwajib dikenali oleh semua Muslim bagi mengelakkan diri dari terjebak dengannya.
Arus jahiliyyah ini pasti ditempuhi oleh sekalian ummat. Dan Allah menyeru kepada kita, untuk mengelakkannnya dari tertelan, kikis karat-karatnya dari hati dengan memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan pada Allah swt. Sifat ini perlu ada dalam setiap Muslim, terutamanya penda'wah.
Dengan wasilah ini juga, setiap Muslim dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Tujuannya untuk mengekalkan dan menghindarkan dari tercemarnya Iman didalam hati. Supaya hidup lebih tenang apabila ditimpa musibah atau ujian.
Bashkan lidah kamu dengan mengingati Allah(zikr). Perlu di biasakan oleh setiap muslim.