BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 18, 2009

Kenali Jahiliyyah

Jahiliyyah, perkataan yang dikenali sebagai sesuatu yang tidak bertamadun, suatu perkara yang bodoh, hanya dilakukan dalam golongan yang dimurkai(nasrani harbi) Allah dan golongan yang sesat(yahudi). Jahiliyyah, berasal dari perkataan jahil atau jahal. Ia menunjukkan sesuatu perlakuan atau aktiviti berteraskan dari aspek negatif dan boleh memudharatkan diri. Dari segi iman, ia boleh mengotorkan, mahupun mematikan hati. Bahayanya jahiliyyah mesti dan wwajib dikenali oleh semua Muslim bagi mengelakkan diri dari terjebak dengannya.
Arus jahiliyyah ini pasti ditempuhi oleh sekalian ummat. Dan Allah menyeru kepada kita, untuk mengelakkannnya dari tertelan, kikis karat-karatnya dari hati dengan memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan pada Allah swt. Sifat ini perlu ada dalam setiap Muslim, terutamanya penda'wah.
Dengan wasilah ini juga, setiap Muslim dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Tujuannya untuk mengekalkan dan menghindarkan dari tercemarnya Iman didalam hati. Supaya hidup lebih tenang apabila ditimpa musibah atau ujian.
Bashkan lidah kamu dengan mengingati Allah(zikr). Perlu di biasakan oleh setiap muslim.

0 comments: