BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label MusliMultimedia. Show all posts
Showing posts with label MusliMultimedia. Show all posts

Saturday, October 17, 2009

Rapatkan Saf..


Islam pernah terpadu sejagat bagaikan api membara, namun, semangat ini hilang, mengapa? Jawapannya ada pada diri masing-masing, tetapi masih tidak tahu apa jawapannya. Sekarang, perpaduan umat Islam makin lama makin pudar, tanpa perpaduan umat, Islam tidak akan mudah bergerak. Jika kita imbas semula sirah Rasulullah, para sahabat dipersaudarakan oleh Rasulullah satu persatu sehinggakan mereka sanggup berkorban dikalangan mereka. Jalan da'wah yang sekian lama dijalankan banyak halangan, itulah fitrah da'wah, tetapi, ada satu benda yang membuatkan da'wah kita kurang kualiti atau berkesan, perpaduan umah kita tidak dipaparkan kepada masyarakat, sekarang umat Islam yang siqah sangat sedikit, jadi tertubuhlah Jemaah. Jemaah kita kurang berkesan kerana kurangnya perpaduan. Inilah dia, perkara kecil yang tidak dihiraukan. Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata sewaktu ketika dahulu; " Jika ingin tahu masalah atau apa yang tidak seimbang dalam ummah, perhatikan solat mereka". Inilah dia yang ana pasti, perkara ini akan menambahkan lagi kekuatan dalam jemaah untuk menyebarkan da'wah. " Pastikan rapat kaki dengan makmum disebelah". Sahabat-sahibah sekalian, kita biasa dengar imam-imam solah selalu umumkan sebelum solah, "Rapatkan saf, rapatkan bahu antara kamu dan kaki antara kamu", mesti semua biasa dengarkan. Kalau zaman Rasulullah dulu, rasulullah sendiri memperbetulkan saf sahabatnya sehingga sempurna. Dan ana percaya manhaj ini akan membuatkan kerja-kerja Islam lebih berkualiti. Lakukannya kerana Rasulullah dan sahabat pernah melakukannya.

Monday, February 9, 2009

Muqaddimah


Alhamdulillah, mari kita rafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, kerana dengan limpah kurniyaanya, serta inayahnya, dapat lagi kita bersua dan merasakan dua ni'mat tertinggi yakni ni'mat Iman dan ni'mat Islam. Dengan mengguanakan manhaj blog ini, mungkin dapat mempermudahkan lagi kerja-kerja yang sekian lama bergerak secara teknikal, kini Allah telah mempermudahkannya. Dengan ini, marilah kita bersama-sama, sahabat dan sahibah, serata dunia tak kira umur, kita memperjuangkan kembali hak Islam diatas muka bumi Allah ini insyaAllah, menegakkan one-Islam, bukannya one-Malaysia. Sama-sama kita tegakkan kembali Islam yang telah dibawa oleh saidina mustapha, Rasulullah saw. Julangkan kembali benih-benih iman dan Islam, kerana ia telah pernah terjulang semalam.