Inilah dia, AlJazary city, bandar Islam yang pertama terbesar dan termaju diGalaxy, idaman siapa agaknya?
Sunday, October 18, 2009
AlJazary city
Inilah dia, AlJazary city, bandar Islam yang pertama terbesar dan termaju diGalaxy, idaman siapa agaknya?
By MusliMultimedia at 8:03 AM 0 comments
Labels: Art Work
We shall no.1st!

Ana pernah mendengar satu cerita, cerita ini pernah berlaku di satu sudut, dimana sudut yang dikatakan medan tarbiyyah yang bergerak seperti sungai, yang berterusan sehingga kini. Si X pernah melawat disini baru-baru ini, tujuan si X datang kesini untuk memungut kekuatan dan bantuan dikalangan saudara-saudari Islam di negara yang dikatakan Malaysia ini. Pada suatu hari, si X berjumpa dengan si Y dan berbual panjang, si Y berkata kepada si X; "Macamana dengan perjuangan anta? Lumayan?", si X membalas; "Hanya Allah yang menentukannya, tapi Alhamdulillah, lumayan juga." Si Y tersenyum, "Anta ingin dengar satu berita baik, sahabat kita diseberang telah menang ditempat ke-4 dalam pilihan Raya, hebat mereka, kami semua tak sampai lagi tahap tu." Si X menggiling-giling sejenak, "Jika antum semua jalankan Islam sepenuhnya dalam perjuangan ini, nescaya bukannya tempat ke-4 yang mereka dapat, bahkan tempat pertama pun boleh dikecapi sama sekali." Si Y termangu sejenak mendengarnya, "Macam mana anta tahu?" Si X menjawab; "Kerana kami telah melakuukannya, sebelum kami, Rasulullah dan sahabat telah lakukannya lebih lama dari kami."
'If you want victorious, do what absolutely Allah told us to, indeed you're the VICTORIUOS!'
By MusliMultimedia at 7:28 AM 0 comments
Labels: Manhaj
Saturday, October 17, 2009
Rapatkan Saf..

Islam pernah terpadu sejagat bagaikan api membara, namun, semangat ini hilang, mengapa? Jawapannya ada pada diri masing-masing, tetapi masih tidak tahu apa jawapannya. Sekarang, perpaduan umat Islam makin lama makin pudar, tanpa perpaduan umat, Islam tidak akan mudah bergerak. Jika kita imbas semula sirah Rasulullah, para sahabat dipersaudarakan oleh Rasulullah satu persatu sehinggakan mereka sanggup berkorban dikalangan mereka. Jalan da'wah yang sekian lama dijalankan banyak halangan, itulah fitrah da'wah, tetapi, ada satu benda yang membuatkan da'wah kita kurang kualiti atau berkesan, perpaduan umah kita tidak dipaparkan kepada masyarakat, sekarang umat Islam yang siqah sangat sedikit, jadi tertubuhlah Jemaah. Jemaah kita kurang berkesan kerana kurangnya perpaduan. Inilah dia, perkara kecil yang tidak dihiraukan. Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata sewaktu ketika dahulu; " Jika ingin tahu masalah atau apa yang tidak seimbang dalam ummah, perhatikan solat mereka". Inilah dia yang ana pasti, perkara ini akan menambahkan lagi kekuatan dalam jemaah untuk menyebarkan da'wah. " Pastikan rapat kaki dengan makmum disebelah". Sahabat-sahibah sekalian, kita biasa dengar imam-imam solah selalu umumkan sebelum solah, "Rapatkan saf, rapatkan bahu antara kamu dan kaki antara kamu", mesti semua biasa dengarkan. Kalau zaman Rasulullah dulu, rasulullah sendiri memperbetulkan saf sahabatnya sehingga sempurna. Dan ana percaya manhaj ini akan membuatkan kerja-kerja Islam lebih berkualiti. Lakukannya kerana Rasulullah dan sahabat pernah melakukannya.
By MusliMultimedia at 10:33 AM 1 comments
Labels: Manhaj, MusliMultimedia

